create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!

Jan 30, 2011

Menang Lagi................



Sebentar tadi, Lin Dan telah berjaya mengalahkan Lee Chong Wei iaitu satu-satunya pemain single kita yang berjaya memasuki ke peringkat akhir dalam Kejohanan Badminton Korea Open 2011. Perlawanan antara mereka amat sengit dan menduga minda serta fizikal badan masing-masing. Masing-masing tidak mahu kalah akhirnya Lin Dan berjaya membawa Lee Chong Wei ke alam kegagalan dan kecundang. 


Pada mulanya, kita semua terutamanya rakyat Malaysia mengingatkan bahawa Lee Chong Wei akan memenangi bagi set pertama kerana telah mendahului Lin Dan sebanyak 10-08, tetapi apakan daya Lin Dan berjaya menstabilkan mata tersebut dan berjaya memenangi set pertama tersebut. Perbezaan mata yang terlalu sedikit. Lin Dan menang set pertama, 21-19.


Kemudian, di set yang kedua, kecekalan minda Lee Chong Wei diduga kembali. Lee Chong Wei berjaya mengekalkan stamina dan momentum yang tinggi serta kesungguhan yang di luar jangkaan, akhirnya Lee Chong Wei berjaya menang set yang kedua iaitu 21-14. Di dalam set itu, kelihatan Lin Dan seperti sudah kelihatan penat dan hilang arah tuju sehingga menjerumuskan beliau kearah kegagalan di set kedua.


Namun, segala-galanya berubah sama sekali, dimana Lin Dan berjaya mencungkil kelemahan Lee Chong Wei iaitu dengan membalas serangan kencang ke arah 'cross-court' dan menghantar bola ke 'base-line'. Akhirnya Lin Dan merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Korea Open dengan mengalahkan Lee Chong Wei dengan 21-16. Semua rakyat Malaysia amat berbangga dengan Datuk Lee walaupun hanya berjaya mendapat tempat yang kedua dalam kejohanan ini. Kami semua berbesar hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Lee kerana berjaya mengharumkan nama negara Malaysia di mata dunia. 


JOM LAYAN GAMBAR!!!


LEE CHONG WEI



LEE CHONG WEI


LIN DAN


LIN DAN


Setakat ini sahaja rintihan buat si blogger,
Salam Sayang, 
Salam Hormat,


FARID HAFIZ.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...