create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!

Jan 10, 2011

Memang Tidak Disangka-sangka (AJL 25)

                      Assalamualaikum.....

                        Selamat malam....


Hari ini, kita nak bincang pasal Anugerah Juara Lagu 25 yang telah berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam. Apa pendapat korang tentang konsert akhir AJL 25 tersebut. Best tak, huh??? Semua 'finalist' gempakkan!!! Walapun tidak dapat tengok secara 'langsung' di Stadium Putra Bukit Jalil tetapi saya berasa sangat beruntung kerana dapat melihat melalui televisyen sahaja, itupun sudah memadaikan...=)


Memang tidak disangka-sangkakan, Ana Raffali telah memenangi dan seterusnya menjuarai Anugerah Juara Lagu 25 sesi tahun 2010/2011. Pada mulanya, saya ingatkan Faizal Tahir akan merangkul tempat pertama di AJL 25 tersebut melalui lagu terbaiknya iaitu "Hanyut" tetapi disebaliknya bahawa juri telah memilih dan akhirnya tidak meminggirkan penyanyi-penyanyi baru di industri kita. Tahniah!! saya ucapkan kepada Ana Rafalli melalui lagunya iaitu "Tolong Ingatkan Aku".


Tempat kedua AJL 25 telah dimiliki oleh 'band' "Meet Uncle Hussein" melalui lagu mereka iaitu "Drama King". Memang penuh dengan dramalah ketika persembahan mereka lebih-lebih lagi apabila di akhir lagu, dimana mereka semua telah ditembak melalui 'laser merah' yang dihalakan ke arah badan mereka. Memang GEMPAK!!! 'Black' memang 'outstanding' pada malam tadi sehingga kita boleh nampak urat tengkuknya terkeluar semata-mata nak menang AJL 25 ini, memang BERBALOI!!!


Hafiz Af7 pula telah unggul berbanding 'finalist' lain dengan mendapat 'tempat ketiga' dan pemenang 'vokal terbaik'. Bagi kategori ini, memang telah disangka-sangkakan bahawa Hafiz Af7 telah menang tempat ke-3 dan 'Vokal Terbaik' kerana sungguh merdu suaranya melalui lagunya iaitu "Noktah Cinta". Walaupun 'showmanship'nya hanya 'simple' sahaja tetapi memang GEMPAK!!! lagunya.


Faizal Tahir telah menang 'Persembahan Terbaik' melalui lagunya iaitu 'Hanyut'. Saya memang hanyut apabila mendengar lagu 'Hanyut' oleh Faizal Tahir. Sungguh hanyut!!! 'Showmanship' abang Faizal memang "POWER"!!! sehingga boleh masuk ke dalam kotak air dan kemudian keluar semula dengan sempurna dan kemas sekali tanpa ada gangguan langsung. GO! abang Faizal Tahir!!! 



Jom tengok gambar dan video persembahan pemenang-pemenang AJL 25 sesi tahun 2010/2011 :





Faizal Tahir (Hanyut)

















Hafiz Af7 (Noktah Cinta)























Meet Uncle Hussien (Drama King)















Ana Raffali (Tolong Ingatkan Aku)














                                          Sekian....
                                    Salam Sayang......

                                   
                                    FARID HAFIZ

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...