create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!

Jan 8, 2011

Luahan: Hujan Merindui Bumi




Ketakutan mencari pelindungan



Titisan air hujan





Hujan membasahi daun pada pokok




Assalamualaikum dan selamat petang, readers! Apa kabar hari ini, semua?? Sihat atau tak hari ini?? Hari ini, saya kurang sihat sejak semalam lagi tetapi saya gagahkan diri jugak untuk buat entry ini kepada readers sekalian, ok. Hari ini, saya nak 'share' sedikit informasi tentang 'hujan merindui bumi' di tempat tinggal saya.



Apa itu hujan?? Agak-agaknya apa, huh?? Rasa-rasanya hujan ialah 'something' titisan air sama ada banyak atau sedikit turun ke bumi iaitu di merata-rata tempat.


Apabila cakap pasal hujan, tempat saya sudah lama tidak hadirnya hujan sehingga menyebabkan suhu yang melampau dan sangat tinggi sekali. Adakah juga disebabkan oleh 'kesan rumah hijau' atau 'peningkatan suhu bumi', huh?? Saya tidak tahu apa sebab yang mendorong tiadanya hujan di tempat saya sejak belakangan ini. Lebih kurang sudah 'empat' hari tidak turun hujan.


Semua tumbuhan di sini sangat memerlukan air terutamanya air hujan untuk terus bernafas dan melaksanakan tanggunggjawabnya dalam memberi 'gas oksigen' kepada umat manusia. Saya berasa sangat kesian apabila tengok haiwan dan tumbuh-tumbuhan di sini amat terdesak untuk terus bernafas. Jangankan tumbuh-tumbuhan dan haiwan sahaja, manusia juga amat memerlukan air hujan sekiranya bekalan air di dunia ini 'putus' dan 'kehabisan stok'. 

Tetapi, sebaliknya pula di Kelantan, Terengganu dan  timur Pahang yang kini menjalani proses banjir. Rakyat di sana haru-biru dan bertungkus-lumus membersihkan rumah setelah air hujan mulai surut. Diharap agar semua rakyat di sana redha dan pasrah dengan ujian yang diberi oleh Allah yang Maha Mengetahui disebalik kecelakaan sesuatu perkara itu. Kadang-kadang, ada kebaikkan disebalik kecelakaan kan!


Oleh itu, saya sarankan agar setiap rakyat terutamanya pihak kerajaan lebih prihatin dan lebih bertanggungjawab terhadap dunia ini. Mereka sepatutnya menjaga sensitiviti dunia kita kerana dunia juga turut mempunyai hati yang tidak dapat kita lihat seperti kita juga. Moga-moga semua rakyat di Malaysia ini mendapat kesejahteraaan dan kebahagiaan hidup seperti yang diharap-harapkan oleh setiap umat manusia di dunia ini.





Air banjir memenuhi tempat






Kecian apabila tengok makcik ini (aduhai)




Air banjir mengelilingi rumah




Menaiki bot penyelamat




BANJIR
Sekian..
Salam Sayang


FARID HAFIZ

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...