create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!

Nov 29, 2010

^_~ Peperiksaan Ohh Peperiksaan ^_~

Assalamualaikum, semua! Minta maaf sebab lambat untuk update blog ini sebab aku off untuk peperiksaan yang akan aku ceritakan ini. Saat aku keluar dari rumah tepat jam 07:15 pagi tadi, aku sudah merasakan bahawa ada suatu perasaan dan getaran dalam jiwa dan perasaanku. Aku berasa sangat takut untuk mengambil peperiksaan kecenderungan MRSM ini di MRSM Balik Pulau. Aku pergi ke sana dengan menaiki kereta bersama-sama dengan abah dan ibuku. Mereka sentiasa berada di samping aku tidak kira siang dan malam terutamanya disaat aku memerlukan mereka seperti disaat tersebut. Kami tiba di sana tepat jam 08:15 pagi setelah makan pagi bersama ibubapaku di Restoren Kassim Mustafa yang terletak berdekatan dengan MRSM Balik Pulau. Aku makan roti canai telur dan teh "kurang manis". Aku memang menitikberatkan dalam bab permakanan. Walaupun dalam "breakfast". Perkataan "kurang manis" sangat penting dalam permakanan aku.

Maaf sebab tadi aku mengambil masa yang lama untuk bercakap tentang permakanan aku seharian. Setelah sampai di MRSM Balik Pulau, aku melihat sudah ramai peserta-peserta peperiksaan ini telah hadir terlebih awal daripada aku. Pada mulanya, aku ingatkan hanya aku seorang sahaja yang ambil peperiksaan ini, rupa-rupanya, Ghadaffi, Rukhaini, Faiz Zawawi turut ada bersama di ruangan senarai nama peserta peperiksaan. Aku terus melihat nama aku di senarai nama beserta tempat peperiksaan yang telah ditampal di papan kenyataan. Tempat peperiksaan aku terletak di makmal multimedia yang terletak berdekatan dengan makmal sumber. Pegawai yang bertugas telah menunjukkan arah yang betul ke arah tempat peperiksaan tersebut. Alhamdulillah, aku telah berada di hadapan bilik makmal multimedia.

Aku bersama Ghadaffi bergelak kecil di hadapan bilik tersebut. Aku bertanya kepada kawanku itu, 'Wei, aku takutlah nak ambil peperiksaan kecenderungan MRSM ini'. Lalu kawanku pun balas, 'Kawanku, cekalkan hati dan lapangkan minda awak ok'. Alangkah gembiranya hatiku disaat dia membalas pertanyaanku itu. Aku berasa sangat beruntung kerana mempunyai kawan yang sangat setia dan suka membimbing kearah kejayaan seperti kawanku itu walaupun dia bersekolah di sekolah yang berlainan iaitu di SMK Almashoor (L).

Di saat aku masuk ke dalam ruangan bilik makmal multimedia tersebut, aku berasa sangat gemuruh dan gementar yang amat sangat. Aku melihat banyak komputer elektronik kepunyaan kerajaan berada di setiap meja yang telah disediakan. Seperti ini,








Pegawai yang bertugas memberi arahan kepada kami agar membawa kad pengenalan, nombor giliran PMR dan alat tulis ke dalam ruangan tersebut. Aku terpaksa berpatah balik ke arah beg aku untuk mengambil segala peralatan yang diarahkan. Setelah semuanya telah berada di tanganku, lalu aku pun terus duduk di hadapan komputer meja seperti di atas. Di skrin hadapan komputer tersebut telah tertulis arahan dan panduan ketika menjawab peperiksaan ini. Kami semua terpaksa mengisi segala kotak kosong di skrin hadapan komputerku seperti nama, kad pengenalan dan nombor giliran PMR. Kemudian kami diarahkan untuk masuk ke dalam sistem tersebut.

Pada sesi pertama, kami semua telah diberi arahan untuk menjawab soalan matematik (objektif) kertas 1 yang merangkumi semua topik dalam PMR (Tingkatan 1, 2 dan 3). Kami terpaksa berhempas-pulas untuk menjawab kertas soalan tersebut kerana sangat SUSAH dan MENGELIRUKAN lebih-lebih lagi aku! Aku 'have to' pecah otak dan segala ilmu yang aku ada ketika menjawab soalan tersebut. Seperti ini,







Pada mulanya, aku ingatkan nak meniru kawan sebelah tetapi tak kesampaian sebab, 




Kami telah diberi waktu selama 1 jam untuk menjawab kesemua soalan yang terkandung dalam kertas 1 Matematik. I jam memang TIDAK CUKUP!!! kerana kesemua soalan tersebut beraras tinggi. Namun, aku KENA jawab kesemua soalan tersebut jika mahu pergi ke sesi 2 iaitu selepas rehat selama 15 minit sahaja. Di saat kami keluar dari ruangan makmal multimedia tersebut, kami semua telah menunjukkan muka "SEPULUH SEN" yang memberi makna "SUSAH". Aku berharap agar kesemua jawapanku betul dan tepat seperti ini,






Kebanyakan kawanku juga mengatakan susah dan "hentam sahaja", kata Faiz Zawawi. Aku makan satu bungkus roti krim enam puluh sen sebagai alas perut ketika menjawab sesi 2 dan sesi 3. Kemudian kami masuk ke dalam makmal masing-masing. Maka, berlangsunglah sesi 2 iaitu kertas 1 (Sains)
(Tingkatan 1, 2, 3). Soalan sesi 2 boleh tahanlah senang dan kebanyakannya aku boleh menjawab dengan tepat dan betul. Aku YAKIN bahawa aku boleh 'score' dalam sesi 2 ini. Insyaallah, amin. 5 'minutes later', berlangsunglah sesi 3 iaitu 'IQ TEST'. 'IQ TEST' sebentar tadi, taklah susah kerana hampir keseluruhan soalan-soalan tersebut merangkumi nilai murni dan pengajaran dalam kehidupan seharian. Aku juga YAKIN bahawa aku boleh 'score' dalam sesi 3 ini. Insyaallah, amin.

Tepat jam 12:20 tengah hari, kami pun selesai peperiksaan kecenderungan MRSM ini. Aku berasa sangat lega yang tidak terhingga apabila melangkah keluar dari pintu hadapan makmal multimedia tersebut. Aku kemas beg, kemudian melangkah pulang ke ruangan menunggu di hadapan tempat letak kereta. Tiba-tiba, dengan tidak semena-mena, aku terlihat seorang gadis cantik bersama-sama dengan kawannya di tempat yang sama. Mereka sedang berbual-bual kosong. Mata aku tidak berhenti-henti untuk melihat dan 'USHA' gadis tersebut. Aku yakin bahawa dia sama umur dengan aku kerana dia juga turut telah mengambil 'exam' kecenderungan MRSM tersebut.

Berdebar-debar hatiku apabila aku melihat dirinya. Alahai, perasaan ini mula datang kembali walaupun telah lama terpadam ketika di saat "cinta monyet" dahulu iaitu sebelum UPSR. Tetapi apabila aku melihat dengan teliti, macam pernah lihat sahaja tetapi di mana yer...??? Aku bertanya keseorangan. Oh, baru aku ingat! dia kawan baik kepada kawanku, Alia Natasya. Memang ada sekali-sekala dia bercerita tentang dia. Aku juga ingat bahawa aku pernah "chatting" bersama dia di laman sesawang "fesbuk" dahulu-kala tapi sekarang dia tidak 'online' sebab mungkin sebuk dengan urusan keluarga. Selama ini, kami hanya 'chatting' sahaja di laman sesawang tersebut dan akhirnya kami bertemu juga di tempat yang tidak diduga sama sekali. Moga-moga dia sihat sejahtera hendaknya, Insyaallah, amin.

Demikian itu, berakhirlah sudah pengembaraan aku semasa mengambil peperiksaan kecenderungan MRSM di MRSM Balik Pulau bersama rakan-rakanku. Aku berharap agar kami semua termasuk kawan-kawan perempuanku turut juga berjaya dan akhirnya berjaya memasuki MRSM yang dikehendaki, Insyaallah, amin.


MRSM TAIPING!

MRSM TAIPING!

MRSM TAIPING!

KAU TUNGGU AKU!!!

Insyaallah, Amin!....=))


Gambar hiasan,














































Read more...

Nov 24, 2010

^_~ Stop Child Abuse ^_~

unicef 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semua!.......

Hari ini, saya akan bercerita tentang kes penderaan kanak-kanak.

Sejak belakangan ini, kes penderaan kanak-kanak kian menjadi-jadi dan kerap kali berlaku di dunia ini terutamanya Negara Malaysia. Apakah yang menyebabkan kanak-kanak ini terus-menerus didera dan dipukul dengan kejam oleh orang yang tidak bertanggunggjawab. Mungkinkah disebabkan oleh sikap ketidakprihatinan dan tiadanya rasa belas kasihan oleh ibubapa terhadap anak-anak mereka sehingga sanggup memukul dan mendera dengan kejam.

Pada pendapat saya, terdapat beberapa faktor-faktor yang WAJIB dititikberatkan oleh setiap pihak yang terbabit dalam kes ini terutamanya pihak kerajaan. Ataranya ialah :

1) Berlakunya perpecahan dan pergaduhan dalam keluarga (antara anak dengan ibubapa / antara ibu dan
    bapa).

2) Tiadanya sikap berperikemanusiaan dan tidak bertemadun dalam diri ibubapa itu sendiri.

3) Mementingkan kepentingan diri sendiri berbanding ahli keluarga yang terbabit (terutamanya ibubapa).

4) Kuranngnya didikan agama dalam diri setiap ahli keluarga yang terlibat bersama.

5) Akhir sekali, tiadanya sikap suka berterima kasih / bersyukur ke hadrat Ilahi (terutramanya ibubapa).

Inilah faktor-faktor yang terlibat berdasarkan pendapat pendirian saya.

Saya sebagai seorang anak ingin mengatakan di sini bahawa saya SANGAT MEMBANTERAS sama sekali aktiviti-aktiviti penderaan kanak-kanak di rumah mahupun di luar rumah. Saya juga berharap agar pihak kerajaan dapat menjalankan tindakan yang SEWAJARNYA dalam membasmi kes penderaan kanak-kanak ini. Akhir sekali, saya juga berharap agar sesiapa di dunia ini yang bergelar ibubapa seharusnya SEDAR akan kepentingan dan sepatutnya LEBIH BERTANGGUNGJAWAB terhadap anak-anak mereka.....

http://www.youtube.com/watch?v=O3v1N7NKSDc&feature=player_embedded

Salam sayang Farid buat semua...<3 <3 <3
Read more...

^_~ Kereta Idamanku ^_~























                                                      
                                                      
                               Video kekuasaan kereta Porsche :


Ini lah kereta idamanku. Aku tahu bahawa sesungguhnya jika ingin memiliki dan memandu kereta "SPORT PORSCHE", aku mesti mempunyai suatu pekerjaan yang kukuh dan tinggi gajinya seperti usahawan, doktor, engineer dan lain-lain. Moga-moga hasrat aku yang selama ini amat mengidam-idamkan kereta "SPORT PORSCHE" ini menjadi kenyataan dan seterusnya ingin memberitahu dunia bahawa aku juga mampu memandu kereta berkelajuan tinggi ini di atas jalan raya seperti individu-individu yang telah memiliki kereta ini. Insyaallah! Amin.


Just write your comment k....I will reply to them k...=P

Read more...

Nov 23, 2010

^_~ Novel - Novel Pilihanku ^_~

 Habiburrahman El Shirazy


Karya Terbesar Novelis No.1 Indonesia - HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY



Assalamualaikum dan selamat pagi saya ucapkan kepada semua pengikutku lebih-lebih lagi 'kak long', (Farah Farhana) dan (Farah Fadilah). Hari ni, bertarikh (23/11/2010) telah mencatatkan suatu sejarah yang amat besar sekali buat diriku. Sejarah yang tidak mungkin dilupai buat selama-lama.

Apa yang membuatkan aku mengatakan sejarah adalah apabila aku telah berjaya menghabiskan novel di atas (BUMI CINTA) dalam masa hanya tiga hari sahaja. Apabila aku melihat novel tersebut, aku berasa sangat 'excited' untuk membaca novel itu. Cerita novel tersebut amat sempurna buat diriku yang semakin jauh daripada agamaMu.... "YA ALLAH"..Aku semakin jauh daripadaMu. Di sini aku ingin mengatakan bahawa ketika aku membaca novel ini aku tidak sedar bahawa aku telah menitiskan air mata sehingga basah pipiku.

 




 Kata-kata di atas hanyalah (intro) sahaja. Kini, aku berhasrat untuk menceritakan serba sedikit tentang novel di atas. Antaranya ialah :



Pertama, watak utama dalam novel tersebut ialah Muhammad Ayyas tetapi seringkali dia dipanggil sebagai Ayyas sahaja. Apa yang akan berlaku, jika seorang graduan lulusan agama hidup di negara yang amat menjunjung tinggi 'seks' bebas dan 'pornografi', iaitu Rusia? Adakah iman dan kehormatannya dipertaruhkan demi memenuhi hasrat duniawi gadis-gadis muda Moskow, yang kecantikan mereka tiada bandingannya.



Ayyas sudah memejamkan kedua-dua matanya. Dia ingin segera lelap. Tetapi bayangan Yelena dengan segala keindahan tubuhnya (seksi), yang baru baru sahaja dilihatnya meskipun sekejap, seolah-olah hadir di pelupuk matanya. Yelena ialah 'house mate' dengan Ayyas. Bayangan wajah cantik Anastasia Palazzo juga menari-nari di pelupuk matanya. Darah mudanya semakin hangat membara. Ayyas berusaha untuk menepis bayangan itu tetapi tidak mudah. Bayangan itu seperti tersimpan dan menempel erat di salah satu sudut hatinya. Masyaallah! Seperti virus di komputer yang tidak mudah untuk dilupuskan. Ayyas merasa ujian keimanan ini terasa lebih berat daripada musim dingin yang paling menggigit sekalipun. Astarghfirullahala'zim!



Rasa dingin yang menggigit sehingga ke tulang selangka itu terasa hilang begitu sahaja ketika dia masuk ke kamarnya yang hangat oleh pemanasnya tetapi virus moleknya Yelena dan cantiknya Anastasia tidak mudah dihilangkan. Meskipun dia sudah solat, membaca Al-Quran dan beristighfar, virus itu tidak juga dapat dihapuskan dengan sempurna, masih tersisa, hanya mampu dijinakkan. Ayyas membaca istighfar berulang-ulang kali. Lebih daripada tujuh puluh kali. Dalam istighfarnya, dia teringat pesan Kiai Luqman Hakim, saat mengaji di Pesantren Kajoran Magelan dulu.



"Ingatlah nak, kecantikan wanita itu yang menjadi penyebab para penuntut mahupun pelajar dan satria agung gagal dalam pertapaannya!"



Ayyas terus berzikir dan beristighfar sampai tertidur. Dalam tidurnya yang pulas. Ayyas bermimpi ada dua ekor ular masuk ke dalam kamarnya dan memburunya. Kemudian,...................................???



Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, belilah novel ini yang berada di kedai buku berhampiran anda. Sebaik sahaja aku selesai mebaca novel ini, aku terus menitiskan air mata. Lazimnya, aku akan membaca novel sebelum aku melelapkan mata.Terima kasih ibu! kerana telah membelikan buku novel yang amat berharga ini buat diriku ini, lebih-lebih lagi novel "BUMI CINTA".



Kini, terdapat beberapa tempat menarik di Negara Rusia, seperti :


Gastronom (tempat makan)


Kota Novgorod


Kota Moskow


Moskovskyj Gosudarstvennyj Universiteit Imeni Iomonosova (tempat pengajian Ayyas)



Stesen Arbatskaya


Best tak, Rusia. Pada pendapat saya, Rusia merupakan sebuah negara yang catik dan meriah dari segi rekabentuk dan ciptaan bangunan-bangunan di sana, lebih-lebih lagi Kota Moskow. Teringin pulak nak pergi ke sana. Insyaallah, bila-bila nanti, aku akan pergi ke sana juga pada masa hadapan. Cuma yang tidak menyedapkan hati kita adalah penduduk di sana kebanyakan menjunjung tinggi seks rambang dan pornografi dimana rakyat Malaysia menjunjung tinggi keimanan dan ketakwaan kepada Yang Maha Esa, ALLAH S.W.T (Islam) dan agama lain juga tidak menyeru kearah kejahatan seperti kenyataan aku di atas.



Selain itu, Habiburrahman El Shirazy juga telah menulis beberapa novel yang sudah semestinya kita semua tidak akan lupa buat selama-lamanya iaitu :


Ayat-Ayat Cinta







Di Atas Sejadah Cinta




Dalam Mihrab Cinta






Ketika Cinta Berbuah Surga





Ketika Cinta Bertasbih 2





Pudarnya Pesona Cleopatra


Insyaallah, aku akan menghabiskan semua novel di atas dalam masa yang singkat supaya aku dapat berkongsi pengalaman aku bersama kalian semua. Salam sejahtera dan selamat berbahagia buat semua. Wassalam....=)..^_~
Just write your comment k, if u don't mind...=P










Read more...

Nov 22, 2010

^_~ Kemas Bilik ^_~

'Farid! Kemas bilik, cepat!', kata ibuku yang dicintai.

'Tak mau ah, kemas bilik! Penat lah, mak', kata aku kepada ibuku.

'Nak tak nak, kena kemas bilik jugak sebab itu memang kewajipan, Farid', kata ibuku.

Mula-mulanya, aku ingin jugak membantah kata-kata ibuku tetapi aku teringat akan perintah ALLAH S.W.T yang berfirman bahawa,

"JIKA SESEORANG ANAK ITU MEMBANTAH / MENGINGKARI PERINTAH DAN KATA-KATA IBUBAPAMU, SELAIN KEARAH KEJAHATAN DAN KEMUNGKARAN, MAKA SESUNGGUHNYA DIA AKAN DIANGGAP SEBAGAI ANAK YANG DERHAKA"

Itu adalah suatu perkara yang amat aku takuti selain daripada saat kematian! Dengan demikian, aku terus menuruti segala perintah ibuku. Sebagai contoh, cuci tandas, kemas bilik dan sebagainya. Aku berasa sangat letih dan penat sekali sehingga kadangkala aku merasakan bahawa dunia ini sedang berpusing-pusing di atas kepala aku. Itulah kebenarannya. Nak tahu tak, dari jam 10:00 pagi sehingga jam 03:00 petang, iaitu selama 5 jam kadangkala aku berhenti, aku telah bertungkus-lumus mengemas bilik tidur aku dan kakakku serta bilik bacaan tanpa bantuan sesiapapun. Penat gila.

Hasilnya adalah seperti berikut :








Rak Buku (majalah) di Bilik Tidur











Rak Buku (Al-Quran + Everything) di Ruang Tamu








Rak Buku (Novels) di tepi Cermin Solek








Bilik Bacaan    









Aku tahu walaupun rumah aku agak kecil tetapi aku berasa sangat bahagia tinggal di rumah yang penuh dengan pengalaman suka dan duka ini.

"HOME SWEET HOME'

"The Best Experiences Comes From Home"

Aku Sayang akan Rumahku! <3 <3 <3

Salam Sayang buat rumahku.....................<3
Read more...

^_~ Rayuan Peribadi Pengasas Wikipedia ^_~

Sepuluh tahun yang lalu, renungan was-was kelihatan pada semua apabila saya berbincang tentang Wikipedia. Mungkin mereka tidak percaya bahawa sukarelawan dari seluruh dunia mampu berganding bahu dan bekerjasama untuk mewujudkan kahzanah ilmu -hanya dengan misi untuk berkongsi.

Tiada iklan. Tiada keuntungan. Tiada agenda.

Satu dekad selepas Wikipedia dimulakan, lebih daripada 380 juta orang menggunakannya setiap bulan– hampir satu pertiga daripada pengguna-pengguna jaringan Internet sedunia.

Wikipedia merupakan laman web kelima paling dikunjungi di dunia. Keempat-empat laman yang mendahuluinya telah dibina dan diuruskan dengan berjuta-juta dollar modal, bilangan staf yang besar dan startegi pemasaran yang tidak terhingga.

Akan tetapi, Wikipedia bukanlah laman komersial. Wikipedia dihasilkan oleh masyarakat, ditulis dan disunting oleh para sukarelawan untuk menghasilkan setiap artikel. Anda merupakan sebahagian daripada komuniti ini dan saya merayu kepada anda untuk melindungi khazanah ilmu dan memastikan Wikipedia terus maju.

Bersama-sama marilah kita memastikan Wikipedia akan sentiasa percuma dan bebas daripada pengiklanan. Kita mampu memastikannya sentiasa berkecuali dan bebas -supaya anda dapat menggunakan maklumat dalam WIkipedia untuk keperluan anda. Kita mampu mengembangkannya -menyebar ilmu ke seluruh dunia melalui penglibatan masyarakat.

Setiap tahun pada masa ini, kami merayu dan memohon kepada anda serta orang lain di serata komuniti Wikipedia untuk memastikan Wikipedia terus wujud dengan derma ikhlas sebanyak $20, $35, $50 atau selebihnya.

Jika anda menghargai Wikipedia sebagai sumber maklumat - dan sumber inspirasi - saya berharap anda akan untuk bertindak sekarang.

Sekian, terima kasih.
Jimmy Wales
Pengasas Wikipedia

P.S. Wikipedia merupakan kuasa masayarakat untuk melakukan perkara yang tidak mungkin wujud. Masyarakat seperti anda menulis ensiklopedia Wikipedia, satu demi satu patah perkataan. Masayarakat seperti anda menyumbang, satu demi satu derma. Begitulah besarnya kemampunan kita untuk membawa perubahan.

Cerita Benar...^_~
Read more...

Nov 19, 2010

^_~ Kisah Pemandu Teksi ^_~

Sebuah kisah benar yang dilalui oleh diriku yang agak jarang menaiki teksi untuk menuju ke mana-mana destinasi sekalipun. Pada suatu hari, aku, Imran, Hisyam dan Akmal bercadang untuk ke sebuah kedai buku untuk melihat buku-buku yang diwara-warakan dijual dengan harga yang murah di sana.Setelah bersarapan pagi di KLCC, kami semua menaiki teksi menuju ke kedai buku tersebut dengan menaiki teksi.

Ditakdirkan buat kali pertama bagi diriku menaiki teksi yang dipandu oleh warga Indonesia. Maka banyaklah persoalan yang berlegar di ruang legar kepala aku... Pemandu teksi ini ada permit ke tak? Lesen?

Aku banyak berdiam diri di dalam teksi manakala Imran, Akmal dan Hisyam pula banyak melontarkan soalan-soalan cepu emas, contohnya "Pakcik tinggal kat mana?", "Dah berkeluarga?", "Kahwin dengan orang Malaysia ke?" dan lain-lain lagi. Perasaan aku menjadi tidak tenang kerana aku merasakan soalan tersebut agak sensitif bagi warga Indonesia di Malaysia.

Tetapi pemandu tersebut menjawab dengan tenang, antara jawapannya "Saya tinggal di Ampang", "Saya tinggal dengan keluarga" dan "Isteri saya orang Indonesia." Benar atau tidak aku pun tak tahu.

Tiba-tiba pemandu tersebut bertanya kepada kami semua, "Apakah perasaan kamu semua ketika menaiki kenderaan?" Aku tergamam. Akmal menjawab, "Macam biasa jelah". Satu jawapan yang mungkin dipersetujui oleh aku, Imran dan Hisyam kerana itulah perasaan kami.

Pemandu Indonesia tersebut berkata,"Bagi saya, ketika saya menaiki kenderaan seperti ini (kereta atau kenderaan berenjin), saya merasakan saya menaiki dua kenderaan secara serentak."
Kami semua kebingungan. Pemandu tersebut menyambung, "Satu kenderaan yang sedang saya naiki dan satu lagi kenderaan bumi."

"Kenderaan bumi?" salah seorang daripada kami bertanya.

Pemandu tersebut menjawab, "Bumi kitakan sedang berputar pada paksinya dan beredar di dalam galaksi."
Aku tergamam sekali lagi.
Pemandu tersebut menyambung, "Jika kita memikirkan kejadian langit dan bumi, kitakan akan lebih dekat dengan Allah, gitu..."

Tamat.

Jadi apakah pengajaran dan suri teladan yang boleh diambil?

Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, daratan dan lautan terdapat tanda-tanda kekuasaan dan kebijaksanaan Allah s.w.t. yang dapat dilihat oleh mereka yang mahu berfikir. Kita sering lupa dan alpa kerana kita buta dan leka dengan keseronokan dan kesibukan kehidupan dunia.. sedangkan dunia ini hanyalah umpama ladang tempat bercucuk tanam supaya di akhirat nanti hasilnya boleh dituai. Bukalah mata hati kita..

Ya Rabbi, Ya ALLAH!
Read more...

^_~ Aku Tinggalkan Dia Demi ALLAH ^_~



Dengan nama Allah... sebaik-baik Pemberi Ganjaran.
Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.

Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.

Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,
Aduhai pria,
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.

Jemput diriku pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita.

Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,

Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.

Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.

Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) [Surah An Nur: 26]

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata,
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
Lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Surah Ad dhuha: 4 & 5]

Beruntunglah kamu!

Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita

Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[Surah As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Surah Fussilat: 30]

Dan tika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,
Allah itu dekat,
Yakin pasti.

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
Maka mohonlah perlindungan kepada Allah,
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah Fussilat: 36]

Kamu dan aku adalah intan terpilih,
Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku,
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya,
Sentiasa.

Ya rabbi, Ya ALLAH!
Read more...

^_~ Nilai Itu Bukan Pada Barang-Barang Bernilai^_~




Manusia bertindak melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan emosi bukan logik. Begitulah mengikut hasil kajian pakar-pakar psikologi. Maknanya, apa yang kita rasa itulah yang mendorong kita membuat keputusan dan bertindak, bukan apa yang kita fikirkan. Ini menjelaskan mengapa sesuatu perkara yang telah kita ketahui kebaikannya, tetapi kita gagal melakukannya.

Dan melakukan sesuatu perbuatan walaupun telah kita akui keburukannya. Solat Subuh misalnya, memang telah sedia kita ketahui adalah lebih baik daripada tidur. Muazzin telah menyeru, "sembahyang itu lebih baik daripada tidur."

Namun mengapa begitu sukar untuk kita bangun melaksanakannya? Mengapa tindakan kita tidak selaras dengan apa yang kita telah ketahui dan fikirkan? Menghisap rokok pula walaupun memang diakui memudaratkan kesihatan tetapi masih ramai yang terus menghisap rokok termasuk sesetengah doktor.
Semua itu menunjukkan dominasi emosi mengatasi logik. Sering kali apa yang kita fikir dan rasa bertentangan. Dan dalam pertentangan ini emosi akan mengatasi logik.  Apakah yang mempengaruhi emosi kita?

Jawabnya, nilai!
Oleh itu nilai adalah unsur yang sangat penting dalam kehidupan kita. Jika nilai yang kita pegang itu betul, benar dan baik, maka tindakan kita pun akan betul, benar dan baik. Dan sekiranya, tersasar hidup kita seluruhnya akan tersasar jua.

Apa Itu Nilai?
Apa itu nilai? Secara ringkas nilai adalah satu keyakinan yang kukuh dan mampu bertahan lama dalam diri seseorang. Ia menentukan apa yang kita rasa dan yakini benar, baik dan betul dalam kehidupan ini. Nilai menimbulkan rasa dalaman yang menyebabkan kita sanggup berkorban dan mempertahankan yang kita yakini berharga dalam hidup.

Justeru, nilai adalah pemandu, pendorong dan sumber kekuatan untuk kita membuat keputusan dan bertindak dalam kehidupan seharian. Oleh sebab itu untung atau celakanya kehidupan kita di dunia dan di akhirat dipengaruhi oleh nilai yang menjadi pegangan kita. Sangat penting berpegang kepada nilai yang baik, betul dan benar. Jika tidak hidup kita akan digerakkan ke arah kemusnahan.

Seseorang individu boleh melaksanakan solat Subuh hanya apabila dia meyakini dan merasai bahawa solat Subuh itu sesuatu yang bernilai dalam hidupnya berbanding tidur. Manakala perokok tegar akan terus merokok kerana merasakan perbuatannya itu akan memberi ketenangan dan keseronokan. Keputusan yang dibuat untuk bangun solat Subuh atau terus merokok adalah ditentukan oleh nilai mereka masing-masing.
Nilai pegangan seseorang menentukan apa yang dirasakannya penting dan sangat berharga dalam hidup. Setiap orang mesti jelas tentang apakah nilai yang dipegangnya. Ia menjawab persoalan, apa yang kita mahu dalam hidup ini dengan sejelas-jelasnya. Malangnya, ramai orang yang tidak tahu secara spesifik apa yang mereka mahu dalam hidup. Sekali gus mereka akan kabur tentang erti kejayaan dan kebahagiaan.
Bolehkah kita mencapai sesuatu yang tidak kita ketahui? Tidak hairan kalau dikatakan, masalah manusia bukan tidak boleh berjaya tetapi masalah sebenar ialah manusia tidak tahu apa itu kejayaan yang sebenarnya.
Dan ramai juga orang yang telah tahu tentang apa yang mereka inginkan dalam hidup tetapi tidak mempunyai semangat untuk mencapainya. Ingatlah, sekiranya kita tidak dapat mencapai apa yang kita inginkan dalam hidup, hanya ada dua puncanya. Pertama, kita tidak benar-benar inginkan (keinginan kita tidak menyala-menyala). Kedua, kerana kita tidak membayar 'harga'  (usaha, kesusahan dan kesabaran) untuk mencapai keinginan itu.

Konflik Nilai
Jika kedua-dua faktor di atas wujud dalam diri seseorang, itu menunjukkan dia menghadapi masalah nilai – sama ada dia tidak mempunyai nilai langsung atau nilainya dalam keadaan bercelaru dan bertentangan antara satu sama lain. Misalnya, dia ingin kejayaan tetapi pada masa yang sama dia ingin terus seronok di zon selesanya. Mana mungkin kejayaan dicapai selagi kita berada di zon selesa? Kejayaan hanya berada di zon mencabar. Inginkan kejayaan tetapi ingin terus berseronok samalah seperti  mengharapkan terang dan gelap pada masa yang sama.

Kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung manakan boleh mendapat sagunya? Inilah konflik nilai yang sering berlaku dalam diri orang yang gagal. Ironinya, ada orang inginkan kasih sayang, persahabatan dan ketenangan dalam perkahwinan tetapi pada masa yang sama dia ingin terus menikmati kebebasan tanpa perlu dibebankan oleh tanggung jawab dan amanah bagi melindungi isteri dan anak-anaknya. Oleh sebab itu dia akan jadi serba salah, antara keinginan untuk berkahwin atau terus membujang.

Orang yang mengalami konflik nilai tidak akan bahagia. Dia akan selalu berada dalam situasi dan kondisi yang serba salah dan serba tidak kena. Satu-satunya cara untuk merasai kebahagiaan dan kepuasan dalam kehidupan ialah kita mesti hidup dengan nilai-nilai yang benar. Jika tidak, kita akan terus dihantui oleh rasa marah, kecewa, kekosongan, kesunyian dan kebosanan.

Bila itu berlaku, ada manusia beralih kepada arak, dadah, zina dan lain-lain bentuk kemungkaran. Dan ramai pula yang menghabiskan banyak masa dengan menonton televisyen secara maraton, membuang masa dengan permainan video, mendengar lagu demi lagu dan lain-lain unsur budaya hedonisme. Semua ini adalah hasil kekosongan dan kesunyian jiwa.

Arak, dadah, seks bebas dan juga budaya hedonisme adalah umpama 'pain killer' untuk mengubati masalah jiwa manusia yang gersang dengan nilai-nilai murni. Ia hanya memberi kelegaan sementara. Ia tidak akan memberi penyelesaian tuntas. Pada hakikatnya kita sedang berdepan dengan masalah nilai, bukan masalah dadah, seks bebas atau lain-lain.

Orang yang solat Subuh, merasakan keredaan Allah itu lebih berharga daripada keenakan tidur seperti mana perokok yang merasakan keseronokan itu lebih penting daripada kesihatan. Oleh sebab itu, amat penting kita berpegang dengan nilai yang tepat dalam hidup ini. Ia adalah faktor yang menentukan sama ada kita hidup dalam kebahagiaan, kejayaan dan ketenangan atau sebaliknya. Malah nilai juga umpama kompas moral yang menentukan tindakan kita dalam situasi yang mencabar dan kritikal. Semakin jelas nilai yang kita pegang, maka semakin mudah dan tidak teragak-agak kita menghadapi kehidupan.

Justeru, setiap kali kita mengalami kesukaran dalam membuat keputusan ini adalah disebabkan diri kita tidak jelas tentang nilai pegangan kita. Contohnya, kita sedang menghadapi masalah kewangan, tiba-tiba ada orang cuba memberi rasuah. Maka ketika itu, terjadilah konflik dalam diri kita, apakah kita ingin memilih kesenangan atau kejujuran? Sekiranya kita berasa sangat sukar untuk membuat pilihan, itu menunjukkan bahawa kita masih tidak jelas tentang apa yang paling berharga dalam hidup ini – kejujuran atau kesenangan.

Sebaliknya, bagi orang yang jelas pegangan nilainya seperti Sayidina Abu Bakar r.a. konflik yang sedemikian tidak wujud sama sekali. Sebaik dia mengetahui bahawa susu yang diminumnya adalah dari sumber yang haram, maka dia segera memuntahkan kembali susu itu tanpa berfikir panjang lagi. Begitu juga apabila Sayidina Khalid Al-Walid apabila dilucutkan jawatannya, dia berkata, "aku berjuang kerana Allah, bukan kerana Umar."

Nilai Menentukan Cara Hidup
Dua orang yang mempunyai nilai yang berbeza akan hidup dengan cara yang berbeza. Mereka akan memilih kerjaya, membeli rumah, memandu kereta dan memilih jodoh yang saling berbeza. Si A yang berpegang kepada nilai agama, akan memilih seorang gadis yang menutup aurat, bekerja di firma yang halal perkhidmatan, produk dan operasinya, membeli rumah dengan pinjaman di bank yang berlandaskan syariat.
Manakala si B yang berpegang kepada nilai keselesaan dan kemewahan akan memilih gadis yang mendedahkan aurat (asalkan cantik), bekerja dengan gaji yang besar (walaupun dalam  firma yang haram) dan membuat urusan kewangannya di bank-bank yang mengamalkan riba. Si A merasakan dirinya beruntung, begitu juga si B. Apakah ini benar? Jawabnya, tidak. Dalam Islam, keuntungan dan kerugian ditimbang atas neraca halal dan haram, pahala dan dosa, keredaan Allah atau kemurkaan-Nya.

Untuk bahagia, berjaya dan tenang dalam hidup ini kita mesti jelas tentang apa yang paling penting dalam hidup ini dan membuat keputusan untuk hidup dengannya tidak kira apa pun yang terjadi. Lihatlah impaknya apabila Sayidina Bilal bin Rabah membuat keputusan untuk memeluk Islam. Pada waktu itu ia berpegang dengan nilai iman yang dirasakannya lebih berharga daripada nyawanya. Walaupun diseksa setengah mati, dia tetap berpegang dengan nilai iman.

Begitulah yang terjadi kepada Yasir dan Sumayyah yang sanggup mati di hujung tombak kerana memilih iman berbanding kenikmatan dunia dan segala isinya. Kecintaan Khubaib terhadap Rasulullah saw yang mengatasi kesenangan dirinya bersama keluarga sehingga dia berkata, "aku lebih rela mati daripada melihat Rasulullah tercucuk duri." Dari kaca mata dunia, Bilal, Yasir, Sumyyah dan Khabbab adalah manusia yang bodoh dan rugi... tetapi dari kaca mata Islam merekalah yang paling beruntung dan berjaya!

Ya rabbi, Ya ALLAH!
Read more...

^_~Pemilik Rahsia Rasulullah.^_~




Alkisah pada suatu hari, seorang anak kecil sedang menggembala kambing kepunyaan pembesar Quraisy, Uqbah bin Abi Mu'aith, dan telah datang kepadanya Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar r.a. yang sangat keletihan dan kehausan hinggakan bibir mereka kering. Mereka mengucapkan salam seraya berkata, "Wahai anak kecil, perahkanlah untuk kami susu kambing ini agar dahaga kami hilang dan keringat kami hilang."

"Maaf, aku tidak boleh melakukannya. Kambing ini bukan milikku. Aku hanya seorang penggembala." Jawab anak itu bersenandungkan amanah.

Rasulullah s.a.w. lalu berkata, "Tunjukkan kepadaku (1)kambing yang belum dikahwinkan." Anak kecil itu, yang digelar Ibnu Ummi Abdul, menunjukkan kepada seekor kambing kecil yang berada dekat dengannya. Rasulullah s.a.w. menghampiri kambing itu lantas memegang puting susunya dengan tangan, menyebut nama  Allah lalu meniupnya. Dan keluarlah susu kambing itu bercucuran. Ibnu Ummi Abdul, atau nama sebenarnya Abdullah ibn Mas'ud, hanya memerhati dengan penuh kehairanan.

Abu Bakar r.a. mengisi air susu itu dalam seketul batu yang berlubang lalu mereka, termasuk Abdullah, meminumnya. Selesai hajat mereka, air susu itu berhenti mengalir sebaik sahaja diarahkan oleh Rasulullah s.a.w.

"Ajarkan kepadaku kalimat yang engkau ucapkan tadi," kata Abdullah.
"Engkau anak yang terdidik," jawab Rasulullah.

Itulah permulaan kisah Abdullah ibn Mas'ud r.a. dengan Rasulullah s.a.w.. Sedari pertemuan itu, Abdullah menggauli Nabi Allah, Muhammad s.a.w. hingga akhirnya dia memilih Islam sebagai agamanya. Abdullah termasuk golongan As-Sabiqunal Awwalun, iaitu kelompok pertama yang menerima Islam. Dia kemudian menawarkan diri untuk berkhidmat kepada baginda dan jadilah dia pembantu kepada Penghulu Para Nabi.
Membesar di rumah baginda membuka peluang kepada Abdullah untuk ditunjuk ajar, belajar, dan mencontohi Rasulullah. Sejarah meriwayatkan bahawa Ibn Mas'ud adalah sahabat yang paling banyak membaca Al-Quran, paling memahami maknanya dan paling mengetahui syari'at Allah s.w.t.. Bahkan Rasulullah s.a.w. mengizinkan Abdullah masuk ke (2)rumah baginda sesuka hatinya dan menyingkap landasan rahsia baginda hinggakan dia dipanggil Sahibussir, pemilik rahsia Rasulullah s.aw..

Umar Al-Khattab pernah bercerita, suatu malam ketika dia berada di samping baginda dan Abu Bakar r.a. yang sedang bermusyawarah perihal kaum Muslimin lalu mereka beredar dari tempat itu, mereka melihat seorang lelaki yang sedang solat di dalam masjid. Rasulullah s.a.w. berdiri sejenak di situ melontarkan pandangannya terhadap lelaki itu hingga akhirnya lelaki itu menoleh kepada mereka.

Bagida langsung berkata, "Siapa yang senang membaca al-Quran dengan lembut sebagaimana diturunkan, hendaklah dia membacanya seperti bacaan Ibnu Ummi Abdul." Ketika Ibnu Mas'ud duduk berdoa, Rasulullah s.a.w. melanjutkan kata-katanya, "Mintalah, engkau akan diberikan-Nya. Mintalah, engkau akan diberikan-Nya."

Umar r.a. lalu berkata dalam hatinya, "Demi Allah, esok aku akan menemui Ibnu Mas'ud dan memberitahunya bahawa Rasulullah s.a.w. mengaminkan doanya." Adapun keesokan harinya, Abu Bakar r.a. telah mendahuluinya lalu berkatalah Umar r.a., "Demi Allah, Abu Bakar selalu mendahuluiku dalam kebaikan." Umar r.a. telah menyifatkan Ibnu Mas'ud sebagai dana ilmu dan mengangkatnya sebagai kadi Kufah pada zaman pemerintahannya.

Ibnu Mas'ud, sahabat yang dimuliakan Rasulullah, mempunyai pengalaman dalam dua hijrah – ke Habsyah dan ke Madinah – dan berkesempatan sembahyang berkiblatkan dua kiblat iaitu Baitulmaqdis dan Kaabah. Beliau juga pernah mengikuti semua peperangan yang disertai oleh Rasulullah. Dan dalam peperangan Badar, beliau telah memancung kepala musuh Islam paling hebat; Abu Jahal.

Ya rabbi, ya ALLAH!
Read more...

Nov 14, 2010

^_~..Fakta Menarik.....~~..:)

Bathing


MANDI....Semua mesti nak mandi kan. Apatah lagi selepas berguni-guni peluh telah kita keluarkan terutamanya selepas bersukan. Sudah semestinya kita akan menjadi sihat selepas bersukan. Bukankah begitu?

Fakta Menarik Khasiat Mandi
Selama ini, saya ingatkan mandi hanyalah sekadar satu rutin harian biasa untuk membersihkan atau menyucikan diri dari kotoran. Kalau tak mandi, dah tentulah badan ni rasa tak selesa serta berbau bacin
dan busuk, kan? Rupa-rupanya, ada banyak lagi khasiat mandi ni. Malah ada beberapa kajian dibuat dan mendapati bahawa mandi membawa pengaruh besar terhadap aspek kesihatan anda.



Mari kita ketahui fakta tentang kelebihan mandi yang kurang diketahui umum;

1. Ia boleh mengurangkan atau mengelakkan tekanan (stress) serta membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan anda.

2. Dengan merendamkan kaki anda ke dalam air panas selama beberapa minit, ia dapat membantu anda menyembuhkan pelbagai penyakit atau masalah yang menganggu kesihatan diri. Antaranya seperti sakit kepala, selsema, hidung berdarah, sembelit dan imsonia.

3. Mandi air panas pada suhu sekitar 32 – 35 darjah Celsius pula akan membuka ruang yang dapat mengeluarkan toksin, menurunkan paras gula, memelihara usus besar serta menyembuhkan masalah sakit otot anda.

4. Menurut kajian para saintis dari Jepun pula, dengan berendam di dalam air panas selama 10 minit boleh memperbaiki tahap kesihatan jantung anda terutamanya golongan LELAKI.

5. Manakala satu kajian yang dilakukan oleh New England Journal of Medicine mendapati dengan berendam selama 30 minit dalam air suam amat baik untuk penghidap DIABETES. Ini kerana, cara di atas dapat menurunkan paras gula dalam darah sebanyak 13%.

6. Sementara itu, mandi air sejuk pun ada kelebihannya. Ia berfaedah untuk meredakan ketegangan.
Caranya ialah dengan menambahkan sedikit “sodium bicarbonate” ke dalam air mandian yang sejuk tadi. Ia akan bertindak sebagai antiseptik seterusnya mampu mengatasi masalah penyakit kulit seperti gatal-gatal dan ruam.

Begitulah 6 fakta tentang kebaikan mandi untuk kesihatan anda. Jadi, rajin-rajinlah mandi lepas ni. Ahhah, tapi janganlah terlalu kerap pulak. Secara puratanya, cukuplah sekadar mandi 2 atau 3 kali sehari. icon smile Fakta Menarik Khasiat Mandi 

Copy right, from dan kalau nak lebih lanjut sila kunjungi - http://petuamelayu.com/melayu/ :)



Read more...

^_~ Widget For Wordpress ^_~

Widget For Wordpress:
Read more...

^_~ Berkebun ^_~

Hari ini aku berkebun bersama-sama dengan bapaku, Mohd Ma'asum bin Kamso. He is a great father. I LOVE HIM! <3 <3 <3 .

Kami berkebun di belakang rumah sewa bapaku di Taiping. Ayahku memotong rumput menggunakan mesin rumput manakala aku pulak hanya supply everything that he needs such as water, spanner, and etc.

Kami bertolak jam 10 dan balik jam 4 petang. Penat memang tidak terhingga sehingga walaupun telah mandi, air peluh masih terasa di badanku.Aaaargghhh..rimasnya!...We had lunch at a stall near bomba station. Nice...=))...

Memang pelik dan seronok apabila aku melihat gelagat ibuku yang sudah tidak tentu arah lagi. Bayangkanlah dia terpaksa berjalan-jalan di sekitar Taiping untuk menghilangkan perasaan bosannya apabila beliau terpaksa menunggu bapaku habis memotong rumput.

Firstly, she went to public library. Dah lah ramai / padat dengan budak SPM totally ladies tambahan pula ibuku berasa sangat mengantuk ketika itu apabila baca buku 'Tentang Solat'.

Secondly, she went to 'tudung' stall nearby there. She bought some 'tudung'. Last but not least, she went to Jusco.

Alangkah gembiranya aku apabila dia membelikan aku sehelai BAJU KEMEJA T with black and grey stripes. Bestnyeeerrrr.....=)) GMV! GMV! GMV! Mahal kowt! Entahlah..?? Mulalah abahku menasihati ibuku tapi ibuku buat dunno jew...... haha...xD Lepas itu, kami pon balik rumah di Penang....

Salam....thanz....JUZ COMMENT...=))
Read more...

Nov 12, 2010

^_~ Bersenam Untuk Kesihatan ^_~

Bersenam Untuk Kesihatan | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Read more...

^_~ Baik Buruk Diet Sesuka Hati ^_~

Baik Buruk Diet Sesuka Hati | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Read more...

^_~ Gangguan Panik (Panic Attack) dan Agorafobia ^_~

Gangguan Panik (Panic Attack) dan Agorafobia | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Read more...

SOLAT

Solat

Selepas menunaikan solat Jumaat tadi di Masjid Negeri Pulau Pinang, aku berasa sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana solat tersebut berjalan dengan lancar sekali tanpa sebarang kekacauan dan malapetaka. Aku masih ingat lagi, semasa aku menunaikan solat tersebut, aku terbayang akan keseksaan dan kesengsaraan orang yang seagama dengan aku iai beragama Islam seperti rakyat di Palestine dan rakyat Indonesia. Sebagai contoh, rakyat Palestine tidak habis-habis menderita dan kehidupan mereka terus dihimpit oleh REJIM ZIONIS yang tidak berperikemanusiaan dan tidak berhati perut. Mereka seringkali ditindas dan dihina dengan malah dibunuh dengan KEJAM! oleh orang yang bertopengkan SYAITAN! a.k.a REJIM ZIONIS!. Setiap hari, aku mendengar berita dan melihat video akan keseksaan dan penderitaan rakyat Palestine melalui kawan baik saya. Inilah orang yang bertopengkan SYAITAN! yang dimaksudkan oleh saya (di bawah) =>

jiwa...pemberani

Apabila aku mengenang akan penderitaan rakyat Palestine seringkali aku menitiskan air mata.........


Crying


Baru-baru ni, dunia telah dikejutkan dengan GEMPA BUMI! dan LETUSAN GUNUNG BERAPI! di Kepulauan Indonesia. Kerap kali, media massa melaporkan berita hangat dan sensasi tersebut terutamanya Buletin Tv3. Aku masih ingat lagi akan sebuah liputan yang telah dilakukan oleh salah seorang wartawan Tv3 di Indonesia. Beliau telah menemuramah salah seorang mangsa (mak cik) letusan gunung berapi dan gempa bumi itu. Beliau melafazkan kepada wartawan itu bahawa,"Nak, kami sekeluarga tiada tempat berlindung selain rumah ni, nak. Kalau kami pindah rumah sudah semestinya kami akan merempat di tepi jalan".Wartawan itu pun menitiskan air mata sampai basah pipinya. Alangkah sedihnya penderitaan mak cik tersebut. :( :( :( ...............................

Ya ALLAH! Janganlah Kau memberi ujian yang berat sedemikian rupa. Janganlah Kau menyeksa mereka. Berikanlah semangat dan ketabahan yang tinggi dalam diri setiap umatMu yang sedang diuji oleh Mu. Pimpinlah mereka ke jalan yang benar. Amin. Sekian.


berdo'a


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!...=)
Read more...

Nov 10, 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...