create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!

Jan 6, 2011

^_~ Geng Lama Muncul Kembali ^_~

assalamualaikum dan selamat malam, blogger~! hari ini, saya nak menceritakan serba sedikit tentang seseorang insan yang bergelar "kawan" telah muncul kembali setelah 2 tahun menyepi. Namanya, Muhamad Arif Bin Rahmat, dia merupakan rakan baikku sejak sekolah rendah lagi iaitu di Sekolah Kebangsaan Batu Lanchang, sejak tahun 4 sehingga tahun 6.

Setelah tamatnya belajar di tahun 6, dia terus melanjutkan pelajaran di Penang Free School iaitu sama sekolah dengan diri saya. Lebih kurang pada bulan February / March 2009 yang lalu, dia terus meninggalkan sekolah kami untuk bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Selangor setelah mendapat tawaran di sana. Selama 3 tahun sahaja perjanjian kontrak antara dia dengan pihak pentadbir di sekolah sana.

Dia menceritakan pengalaman beliau di sana. Aku berasa sangat kagum dengan beliau kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah, negeri Pulau Pinang, bahkan lebih-lebih nama negara Malaysia di Sukan Asia Peringkat Remaja dibawah 18 tahun dalam acara renang "kuak dada", "free style" dan bermacam-macam lagi. Beliau telah mencatatkan 3A's dan 5B's dalam Peperiksaan Menengah Rendah yang lalu.

Dia menceritakan bahawa sebanyak 60% daripada masanya selama 24 Jam sehari deperuntukkan untuk latihan renang bersama jurulatih di kolam renang yang telah disediakan. Selebihnya diisi dengan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P & P). Walaubagaimanapun keadaan beliau sekalipun, dia merupakan "kawanku" yang sejati dan tulus ikhlas. Saya tidak boleh melupakan jasa beliau terhadap diri saya semasa di sekolah rendah.



                                         Terima kasih, kawanku.....



Inilah "kawan" yang saya ucapkan sebentar tadi .........




Dok menyorok di tepi pokok pulak (Rock!!)









Berjalan sambil "posing" 'maut' nampak (hahaha)












Dok "cover" gigi la pulak (hahaha)







Hai, asyik dengaq lagu nampak (hahaha)

Read more...

Jan 4, 2011

^_~ Persekolahan Sudah Tiba ^_~

Assalamualaikum dan salam sejahtera, bloggerz! Hari ni, mat blogger di sini nak mencorat-coretkan serba sedikit tentang hari pertama dan hari keduaku di sekolah buat sesi tahun 2011.

"The First Day at School"

Semalam aku bangun awal pagi jam 0600. Kelazimannya, aku bangun jam 06:30 pagi, tetapi pagi itu aku berasa sangat seronok dan gembira untuk bersekolah semula.

Aku terus 

                              Gosok gigi dan mandi

                               Pergi ke sekolah

Selepas mendengar syarahan dan ceramah daripada Tuan Pengetua, En. Ramli Bin Din, akhirnya selama lebih kurang 40 minits di dalam dewan, kami semuapun pulang ke kelas masing-masing. Kami hanya terpaksa duduk di dalam kelas sahaja kerana hampir semua cikgu ada urusan masing-masing. Semua cikgu "Sibuk!, Sibuk!, Sibuk!"

Perkara yang dilakukan di dalam kelas :

                                           Borak-borak

                                                   &

                                Mengumpat kawan-kawan

                                                  &

                                               Tidur

                                                 &

                                   Game "Acilut Hambat"

Boring giller waktu itu. Hanya Tuhan sahajalah yang tahu. Jam 1440, kami semuapun pulang ke rumah masing-masing.

"The Second Day at School"

Pada hari ini, aku mengharapkan sesuatu yang berharga dan istimewa. Ingatkan hari kedua di sekolah buat tahun 2011 akan terjadinya peristiwa yang menyeronokkan ataupun menggembirakan hatiku, rupa-rupanya, ancaman kebosanan yang kedua diundang bersama kami. Aku bersama kawanku "Form 4" yang lain telah diperintahkan untuk berkumpul di dewan yang kedap udara. "Panas, tuh!". "Panas, tuh!". Rupa-rupanya kami telah diberi arahan untuk membuat pilihan, apa yang akan diambil sewaktu menjelangnya peperiksaan SPM.

Kami semua diberi pilihan sama ada :


                                                   Sains Tulen

                                                            /

                                                 Sains Sukan

                                                           /

                                         Prinsip Perakaunan

                                                         /

                                       Lukisan Kejuruteraan

Keempat-empat bidang mempunyai cabang pekerjaan yang berbeza pada masa hadapan kelak. Pada mulanya, aku nak pilih sains tulen tapi apabila difikirkan balik aku nak pulak ambil prinsip perakaunan. Aku mulai gelisah dan tidak tentu arah waktu itu.

Fikiranku asyik memikirkan perkataan-perkataan di bawah ini,

                   "Pilih sains tulen atau pilih prinsip perakaunan",

                  "Pilih sains tulen atau pilih prinsip perakaunan"

                 "Pilih sains tulen atau pilih prinsip perakauanan"

Akhirnya aku menetapkan fikiran untuk mengambil prinsip perakaunan dan ikut kawan baikku iaitu Raid Syamil Bin Waheed. Aku menganggar sebanyak hanya 70 pelajar sahaja yang mengambil prinsip perakaunan di sekolah kami. Jumlah itu amat sedikit sekali. Sebelum membuat keputusan terakhir dan menanda pankah (X) pada ruangan yang telah disediakan pada kertas borang tersebut, kami semua telah diberi serba sedikit penerangan tentang setiap satu bidang mahupun jurusan yang akan kami pilih kelak.

Aku mendengar taklimat ringkas daripada setiap cikgu yang terlibat dengan teliti dan berhati-hati agar tidak tertinggal info-info yang penting. Hari ini, sepanjang hari kami semua termasuk aku duduk hanya di dalam dewan sambil mendengar ceramah cikgu. Aku duduk termangu sahaja di atas kerusi. Tepat jam 1440, kamipun pulang ke rumah masing-masing.

Sampai sekarang, pada jam 1815, aku masih meragui, 'Adakah aku mampu untuk "handle" subjek prinsip perakaunan tersebut semasa SPM'??? Aku bertekad dan berpegang pada pendirian yang teguh di dalam hati iaitu :

"Walau apapun yang terjadi, aku "WAJIB" mengharunginya juga kerana aku telahpun membuat keputusan tersebut"

Itulah kisahku semasa di sekolah buat hari pertama dan hari kedua pada tahun 2011.

Moga-moga semua perkara yang dirancang berjalan dengan lancar dan istimewa.

Insyaallah, amin.

Salam sayang dan hormat daripada,

Farid Hafiz
Read more...

Jan 3, 2011

^_~ Kejayaan Cemerlang Buat Si Jejaka ^_~

Assalamualaikum dan selamat petang, readers!!! Wah, nampaknya saya sudah lama tak 'blogging' kan sejak akhir-akhir ini. Kenapa hah? Hal ini adalah kerana tiada apa-apa peristiwa yang perlu di 'blogging' kan buat waktu itu. Maaflah sebab lama tak 'blogging' ok! Kali ini, saya ingin menceritakan serba sedikit tentang peristiwa sebelum, semasa dan selepas mengambil keputusan Peperiksaan Menengah Rendah saya di Penang Free School. 

Pada malam 22/12/2010 yang lalu, saya mula berasa sangat gelisah dan cemas sehingga tidak dapat tidur dengan tenang walaupun telah melabuhkan badan saya di atas katil sejak pukul 10:00 malam lagi. Saya tidak dapat melelapkan mata walaupun telah beberapa kali berdoa kepada Ilahi agar semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang pada keesokkan hari. Akhirnya, saya dapat melelapkan mata tepat jam 01:00 pagi.


Esoknya, tepat jam 07:00 pagi, sayapun terjaga daripada tidur. Saya terus bergegas menggerakkan kakak saya yang sudah terkenal dengan adegan 'malas bangun awal pagi'! Hahaha, mana ada! 'Sorry, kak'! Tepat jam 09:30 pagi, kami semuapun pergi ke sekolah termasuk ibu dan kakak saya. Pada mulanya, saya ingat bahawa bapa saya tidak akan datang untuk hari yang paling bersejarah buat diri saya tetapi semua sangkaan saya hanyalah tipu dusta belaka. Rasa debar terus menyelubungi diri saya. Sebaik sahaja selesai menandatangani pada senarai nama pelajar kelas saya, akhirnya saya diberi slip keputusan Peperiksaan Menengah Rendah. Angka 'A' sebanyak 8 kali telah tertera pada slip tersebut dengan kerja amali yang cemerlang! Alhamdulillah. Amin.


Sebaik sahaja saya kalih ke belakang, rupa-rupanya, bapa saya telahpun berada di samping ibu dan kakak saya. Alangkah gembiranya saya apabila melihat kehadiran bapa saya. Bapaku ialah inspirasi kehidupan saya. Bapaku adalah segala-galanya. 

Kemudian, kami terpaksa menemani kakakku untuk mengambil beberapa gambar 'hot shots' dirinya. Hahaha...xD. 'Sorry, kak'!


Kegembiraanku bertambah apabila ibuku telah berjanji untuk menonton wayang pada petang itu jugak. Kami semua menonton 'TRON-LEGACY (3D)' di Queensbay Mall (QB). Cerita tersebut agak best jugak sebab kali pertama tengok wayang dalam 3D. Selepas itu, bapa saya pula telah menunjukkan kasih sayangnya dengan belanja kami semua makan KFC. Sedap sangat sehingga penuh perut saya dibuatnya. Terima kasih, semua.



 Alhamdulillah, semua kerja penat lelah saya akhirnya telah terbalas juga.


Malaslah nak cerita lagi, layan jer lah gambar nie k....;)


Kenapa mataku pejam, huh?






Masing-masing gelisah dan gementar





























Keadaanku setelah menerima slip keputusan PMR







Muka ibuku yang sangat gembira






Perbualan bersama En.Yusof (bapa Faiz)






























Keadaan riuh dengan kegembiraan mahupun kesedihan para pelajar







Gelagat para pelajar








Gelagat ibu bapa pelajar









Aku bersama bapa dan ibuku








Kolam ikan yang kering dan tohor





Inilah dia kakak yang aku cakapkan tadi




















http://farablooms.blogspot.com

Terima kasih sebab buka entry nie, ok, thanks, friends! :)

Farid Hafiz
Read more...

Dec 1, 2010

^_~ Novel Untuk Hari Ini ^_~

 
ABDUL LATIP TALIB
   
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954 mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre;skrip drama tv, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.  Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.  Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.





















Assalamualaikum, semua! Pada hari ini, saya ingin menceritakan serba sedikit tentang novel-novel yang ingin saya baca sepanjang cuti akhir tahun ini (2010). Harap-harap saya dapat menghabiskan semua novel-novel tepat sebelum tamatnya cuti akhir tahun ini. Insyaallah. Amin.



NOVEL-NOVEL PILIHANKU :

































Read more...

^_~ Warkah Buat Kak Long ^_~



Kak Long!

Kak Long!

Kak Long!

'Semoga selamat memulakan perjalanan itu', kata mak.
'Jangan main-main ketika dalam perjanan yang jauh itu', kata aku.
'Kalau letih, berehatlah dahulu ataupun "shift" driver dengan Din', kata bapaku
'Moga-moga kak long selamat dalam perjalanan yang jauh itu', pesanan daripada kak ngah dan kak cik.




Mentang-mentanglah dah habis exam tuh, janganlah seronok sangat. Id (panggilan buat diriku dlm keluarga) sebenarnya berharap kak long dan Din selamat sampai di Pinang hendaknya. Amin. Id juga berharap agar perhubungan kak long dengan Din berpanjangan hendaknya. Amin.

'Id tanya sikit boleh tak...???'
'Susah tak exam tuh..??'
'Harap-harap dapat good result and make your parents pleased with your results ok!...=))', kata aku.
'Bila kak long nak 'start' perjalan jauh tuh...???', kata aku.

Sebenarnya, dalam warkah ini ditulis hanya untuk kak long tersayangku yang kini berada di 'Highway North-West' dimana dalam perjalan dari Johor Baharu ke Penang untuk pulang ke rumah dalam cuti semester ini selama sebulan, maybe..???




'Kak long, jangan lupa bawa 'laptop' ok', kata aku.
'Din, jaga elok-elok kakak tersayangku'

Insyaallah, semua akan berjalan dengan lancar. Amin.









SALAM SAYANG dari aku, Farid Hafiz...<3 <3 <3
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...