create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!

Jan 4, 2011

^_~ Persekolahan Sudah Tiba ^_~

Assalamualaikum dan salam sejahtera, bloggerz! Hari ni, mat blogger di sini nak mencorat-coretkan serba sedikit tentang hari pertama dan hari keduaku di sekolah buat sesi tahun 2011.

"The First Day at School"

Semalam aku bangun awal pagi jam 0600. Kelazimannya, aku bangun jam 06:30 pagi, tetapi pagi itu aku berasa sangat seronok dan gembira untuk bersekolah semula.

Aku terus 

                              Gosok gigi dan mandi

                               Pergi ke sekolah

Selepas mendengar syarahan dan ceramah daripada Tuan Pengetua, En. Ramli Bin Din, akhirnya selama lebih kurang 40 minits di dalam dewan, kami semuapun pulang ke kelas masing-masing. Kami hanya terpaksa duduk di dalam kelas sahaja kerana hampir semua cikgu ada urusan masing-masing. Semua cikgu "Sibuk!, Sibuk!, Sibuk!"

Perkara yang dilakukan di dalam kelas :

                                           Borak-borak

                                                   &

                                Mengumpat kawan-kawan

                                                  &

                                               Tidur

                                                 &

                                   Game "Acilut Hambat"

Boring giller waktu itu. Hanya Tuhan sahajalah yang tahu. Jam 1440, kami semuapun pulang ke rumah masing-masing.

"The Second Day at School"

Pada hari ini, aku mengharapkan sesuatu yang berharga dan istimewa. Ingatkan hari kedua di sekolah buat tahun 2011 akan terjadinya peristiwa yang menyeronokkan ataupun menggembirakan hatiku, rupa-rupanya, ancaman kebosanan yang kedua diundang bersama kami. Aku bersama kawanku "Form 4" yang lain telah diperintahkan untuk berkumpul di dewan yang kedap udara. "Panas, tuh!". "Panas, tuh!". Rupa-rupanya kami telah diberi arahan untuk membuat pilihan, apa yang akan diambil sewaktu menjelangnya peperiksaan SPM.

Kami semua diberi pilihan sama ada :


                                                   Sains Tulen

                                                            /

                                                 Sains Sukan

                                                           /

                                         Prinsip Perakaunan

                                                         /

                                       Lukisan Kejuruteraan

Keempat-empat bidang mempunyai cabang pekerjaan yang berbeza pada masa hadapan kelak. Pada mulanya, aku nak pilih sains tulen tapi apabila difikirkan balik aku nak pulak ambil prinsip perakaunan. Aku mulai gelisah dan tidak tentu arah waktu itu.

Fikiranku asyik memikirkan perkataan-perkataan di bawah ini,

                   "Pilih sains tulen atau pilih prinsip perakaunan",

                  "Pilih sains tulen atau pilih prinsip perakaunan"

                 "Pilih sains tulen atau pilih prinsip perakauanan"

Akhirnya aku menetapkan fikiran untuk mengambil prinsip perakaunan dan ikut kawan baikku iaitu Raid Syamil Bin Waheed. Aku menganggar sebanyak hanya 70 pelajar sahaja yang mengambil prinsip perakaunan di sekolah kami. Jumlah itu amat sedikit sekali. Sebelum membuat keputusan terakhir dan menanda pankah (X) pada ruangan yang telah disediakan pada kertas borang tersebut, kami semua telah diberi serba sedikit penerangan tentang setiap satu bidang mahupun jurusan yang akan kami pilih kelak.

Aku mendengar taklimat ringkas daripada setiap cikgu yang terlibat dengan teliti dan berhati-hati agar tidak tertinggal info-info yang penting. Hari ini, sepanjang hari kami semua termasuk aku duduk hanya di dalam dewan sambil mendengar ceramah cikgu. Aku duduk termangu sahaja di atas kerusi. Tepat jam 1440, kamipun pulang ke rumah masing-masing.

Sampai sekarang, pada jam 1815, aku masih meragui, 'Adakah aku mampu untuk "handle" subjek prinsip perakaunan tersebut semasa SPM'??? Aku bertekad dan berpegang pada pendirian yang teguh di dalam hati iaitu :

"Walau apapun yang terjadi, aku "WAJIB" mengharunginya juga kerana aku telahpun membuat keputusan tersebut"

Itulah kisahku semasa di sekolah buat hari pertama dan hari kedua pada tahun 2011.

Moga-moga semua perkara yang dirancang berjalan dengan lancar dan istimewa.

Insyaallah, amin.

Salam sayang dan hormat daripada,

Farid Hafiz

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...