Assalamualaikum dan selamat petang, readers!!! Wah, nampaknya saya sudah lama tak 'blogging' kan sejak akhir-akhir ini. Kenapa hah? Hal ini adalah kerana tiada apa-apa peristiwa yang perlu di 'blogging' kan buat waktu itu. Maaflah sebab lama tak 'blogging' ok! Kali ini, saya ingin menceritakan serba sedikit tentang peristiwa sebelum, semasa dan selepas mengambil keputusan Peperiksaan Menengah Rendah saya di Penang Free School.
Pada malam 22/12/2010 yang lalu, saya mula berasa sangat gelisah dan cemas sehingga tidak dapat tidur dengan tenang walaupun telah melabuhkan badan saya di atas katil sejak pukul 10:00 malam lagi. Saya tidak dapat melelapkan mata walaupun telah beberapa kali berdoa kepada Ilahi agar semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang pada keesokkan hari. Akhirnya, saya dapat melelapkan mata tepat jam 01:00 pagi.
Esoknya, tepat jam 07:00 pagi, sayapun terjaga daripada tidur. Saya terus bergegas menggerakkan kakak saya yang sudah terkenal dengan adegan 'malas bangun awal pagi'! Hahaha, mana ada! 'Sorry, kak'! Tepat jam 09:30 pagi, kami semuapun pergi ke sekolah termasuk ibu dan kakak saya. Pada mulanya, saya ingat bahawa bapa saya tidak akan datang untuk hari yang paling bersejarah buat diri saya tetapi semua sangkaan saya hanyalah tipu dusta belaka. Rasa debar terus menyelubungi diri saya. Sebaik sahaja selesai menandatangani pada senarai nama pelajar kelas saya, akhirnya saya diberi slip keputusan Peperiksaan Menengah Rendah. Angka 'A' sebanyak 8 kali telah tertera pada slip tersebut dengan kerja amali yang cemerlang! Alhamdulillah. Amin.
Sebaik sahaja saya kalih ke belakang, rupa-rupanya, bapa saya telahpun berada di samping ibu dan kakak saya. Alangkah gembiranya saya apabila melihat kehadiran bapa saya. Bapaku ialah inspirasi kehidupan saya. Bapaku adalah segala-galanya.
Kemudian, kami terpaksa menemani kakakku untuk mengambil beberapa gambar 'hot shots' dirinya. Hahaha...xD. 'Sorry, kak'!
Kegembiraanku bertambah apabila ibuku telah berjanji untuk menonton wayang pada petang itu jugak. Kami semua menonton 'TRON-LEGACY (3D)' di Queensbay Mall (QB). Cerita tersebut agak best jugak sebab kali pertama tengok wayang dalam 3D. Selepas itu, bapa saya pula telah menunjukkan kasih sayangnya dengan belanja kami semua makan KFC. Sedap sangat sehingga penuh perut saya dibuatnya. Terima kasih, semua.
Alhamdulillah, semua kerja penat lelah saya akhirnya telah terbalas juga.
Malaslah nak cerita lagi, layan jer lah gambar nie k....;)
|
Kenapa mataku pejam, huh? |
|
Masing-masing gelisah dan gementar |
|
Keadaanku setelah menerima slip keputusan PMR |
|
Muka ibuku yang sangat gembira |
|
Perbualan bersama En.Yusof (bapa Faiz) |
|
Keadaan riuh dengan kegembiraan mahupun kesedihan para pelajar |
|
Gelagat para pelajar |
|
Gelagat ibu bapa pelajar |
|
Aku bersama bapa dan ibuku |
|
Kolam ikan yang kering dan tohor |
|
Inilah dia kakak yang aku cakapkan tadi |
|
http://farablooms.blogspot.com |
Terima kasih sebab buka entry nie, ok, thanks, friends! :)
Farid Hafiz
No comments:
Post a Comment