create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!

Mar 14, 2011

Pengembaraan yg Luar Biasa pada Minggu Cuti......






Assalamualaikum dan selamat petang, kawan-kawanku! Rasanya aku dh lama tak menulis dalam blog ni, kan! kerana aku terlalu sebuk a.k.a 'busy', bak kata orang puteh, la katakan. Nak tahu tak, kawan-kawanku??? sepanjang hari Jumaat sehingga hari Ahad yang lalu, aku berasa sangat penat sekali sehingga merasakan bahawa setiap detik itu ialah waktu tidurku.

Pertama, hari Jumaat yang lalu bertarikh, 11/03/2011, sepatutnya aku dah boleh dan mula balik rumahku di Pulau Pinang pada pagi hari itu tetapi semuanya tergendala dan tidak menjadi. Nak tahu kenapa?? sebab tiket basku ialah pada keesokan harinya!!! Aduh! lama sangat nak tunggu esoknya. Aku bernasib baik kerana terdapat tiga sahabatku yang lain turut juga balik lewat sepertiku juga iaitu Hakim, Shaufi, dan Za'im kerana lewat membeli tiket bas. Malam itu, aku merasakan kekesalan dan kesilapanku mula menular dalam diriku. Hal ini adalah kerana, aku sepatutnya membeli tiket bas dua minggu sebelum hari Jumaat lepas tetapi apakan daya semuanya telahpun berlalu, redha je la, katakan.

Kedua, pada pagi hari Sabtu yang lalu bertarikh, 12/03/2011, pengembaraanku untuk pulang ke rumahpun bermula. Waktu pada jam tanganku telah menunjukkan pukul 10:30 pagi dan keadaan ini sudah sangat lewat!!! Aku, Shaufi dan Hakim mengucapkan kata-kata perpisahan kepada Za'im kerana ibubapa Za'im ambil dia agak lewat berbanding kami. Selepas itu, kamipun terus bergegas keluar dari dorm dalam keadaan yang tergesa-gesa kerana sudah terlewat untuk menaiki bas. Tiba-tiba, tali beg kawanku terputus dengan sdn.bhd nya. Dia mula gelabah dan tak tentu arah! Aku dan Shaufi tolong mengangkat begnya dengan suka hati kami. Kamipun naik bas masing-masing. Setibanya aku di bas stesen Penang Sentral, bapaku telah menjemputku pulang. Aku berasa sangat lega kerana dapat balik sebelum kenduri kahwin sepupu ayahku tamat. Jadi, akupun terus menuju ke Teluk Kumbar di mana berlangsungnya kenduri kahwin itu. Selamat! ibuku ada! kerana beliau telah membawa baju jalan sebagai pengganti baju balik kampung MCKK yang aku sedang pakai pada ketika itu. Apa lagi?? Akupun 'ENJOY' "menyantap!" nasi minyak bersama lauk-pauk yang telah disediakan. Sedap gillleeerrr.....=) Wah! sehingga menjilat jari, katakan.....kehkehkeh...(=. Petang itu juga, aku dan keluargaku terus balik kampung. Lewat malam, baharu kami tiba di kampung....Fuuuhh, penatnyeerr.....=(

Esoknya, keluarga ibuku telah menjalankan perhimpunan semula a.k.a 'family reunion' bersama ahli saudara yang lain buat kali yang ke-3 di belakang surau Teluk Intan. Mula-mulanya, aku ingatkan seronok dan boleh dikatakan 'gempak' la juga kerana 'perhimpunan besar Almarhum Mat Judin' tetapi agak hambar kerana tak semua ahli keluarga Almarhum Mat Judin yang ada pada ketika itu. Apa-apapun, seronok gak! sebab dapat berjumpa dengan Opah Cik, Opah Dak dan ramai lagi! hooooorayy!!. 

Jom usha gambar ni! sebagai kenang-kenangan, la katakan :

Bermesyuarat antara satu sama lain

Pengenalan diri kepada setiap ahli keluarga

Sesi mengutarakan pendapat masing-masing

Juadah makan pagi aka 'breakfast'



Sesi bergambar bersama ahli keluarga Almarhum Mat Judin (1)


Sesi bergambar bersama ahli keluarga Almarhum Mat Judin (2)

Sesi bergambar bersama ahli keluarga Almarhum Mat Judin (3)

Juadah untuk makan tengah hari

Itulah dia pengembaraanku buat ketika ini. Rajin-rajinkanlah membebel dan komen entry ini. 

THANKS 4 REVISING THIS ENTRY! <3 U!









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...