create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!

Feb 1, 2011

Fuhh...Penat Giller....hah!!



Assalamualaikum, semua! Apa kabo, kata orang Perak, hang Sihat tak, kata orang Pinang dan sebagainya. Laparlah sekarang nih!! Nak buat macam mana huh...??? Kalian dah makan ker..??? Jom kita baca dan menghayati rintihan si blogger ini iaitu "Fuhh....Penat Giller....hah!'


Pada hari, terdapat banyak yang telah berjaya dilaksanakan oleh diriku. Firstly, aku telah pergi ke sekolah "PFS" untuk mengambil markah-markah Kokurikulum daripada Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Puan Noorbaini. Seperti yang telah dijanjikan kami semua termasuk aku telah diberi markah-markah Kokurikulum untuk dibawa ke MRSM ataupun Sekolah Berasrama Penuh MCKK, sekolah yang akan saya terokai minggu hadapan kelak, insyaallah..amin. Fuhh, agak lama jugak kami menunggu di bilik kokurikulum. Akhirnya dapat jua.


Lastly, aku dan rakan-rakanku pergi bermain futsal di Gelugor. Wah! saat ini amat best untuk diceritakan bersama, betul tak!! kata diri sendiri. Permainan futsal ini diuruskan dan diselenggarakan oleh kawan baikku iaitu Muhammad Firdaus bin Azeez. Thanks, BRO!!! Aku terhutang budi pada kau!! Nak tau tak..??? Team aku hanya menang satu perlawanan sahaja daripada lapan perlawanan yang telah disenaraikan oleh si dia 
(firdaus azeez). Kami menangpun hanya mendapat 2 points sahaja dan yang lain kosong!! "0". Haha, itu yang tak disangka-sangkakan, betul tak!! kata diri sendiri. Team Afiq telah memenangi 'game futsal' ini. Kami semua bermandi peluh sehingga boleh kelihatan baju masing-masing melekat pada badan sendiri. Haha....'that's true!!! Tetapi apa-apapun kami semua termasuk aku berasa sangat seronok dan gembira dapat bermain futsal antara satu sama lain. Pada akhir perlawanan, aku telah mengambil beberapa gambar untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan bersama rakan-rakanku di "Penang Free School". Thanks. geng!! for that ENJOYMENT!!!




JOM KITA TINJAU GAMBAR-GAMBAR ITU :














































Setakat ini sahaja rintihan buat si blogger,
Salam Sayang,
Salam Hormat,


FARID HAFIZ

Read more...

Jan 30, 2011

Jantungku, Jantungmu Jua.........



Assalamualaikum, semua!! Dah makan ker belum lagi, blogger di sini maseh blom menyantap makanan untuk lunch pada hari ini. Ada apa-apa cadangan tak, huh..?? Lapar la sekarang, nih =(. Ok, sekarang kita lupakan pasal kelaparan itu, ayuh kita baca dan menghayati luahan si blogger ini buat hari yang berbahagia ini. Tajuk, " Jantungku, Jantungmu Jua...."


Ah, bila si blogger ini melihat gambar yang diposkan seseorang individu yang pandai mencipta gambar-gambar yang menarik di dalam blog dia. Saya berasa amat tertarik dengan gambar2 tersebut jd si blogger ini pun nak cerita sedikit pasal jantung. Ah, malaslah nak cerita dengan lebih lanjut tentang jantung. 

JOM LAYAN JE LAH GAMBAR-GAMBAR NIH!!! 













For More Information... Just Click Here...=) 


Setakat ini sahaja luahan buat si blogger ini,
Salam Sayang,
Salam Hormat,


FARID HAFIZ
Read more...

Grand Slam - Tennis Australian Open 2011....



NOVAK DJOKOVIC (JUARA)


NOVAK DJOKOVIC


NOVAK DJOKOVIC




ANDY MURRAY (NAIB JUARA)




ANDY MURRAY


ANDY MURRAY


Syabas buat Novak Djokovic untuk kemenangan yang cemerlang ini dan tahniah kepada Andy Murray kerana berjaya menjadi "finalist" untuk Grand Slam Australian Open 2011, semalam.

Setakat ini sahaja luahan buat si blogger ini,

Salam Sayang,
Salam Hormat

FARID HAFIZ

Read more...

Menang Lagi................



Sebentar tadi, Lin Dan telah berjaya mengalahkan Lee Chong Wei iaitu satu-satunya pemain single kita yang berjaya memasuki ke peringkat akhir dalam Kejohanan Badminton Korea Open 2011. Perlawanan antara mereka amat sengit dan menduga minda serta fizikal badan masing-masing. Masing-masing tidak mahu kalah akhirnya Lin Dan berjaya membawa Lee Chong Wei ke alam kegagalan dan kecundang. 


Pada mulanya, kita semua terutamanya rakyat Malaysia mengingatkan bahawa Lee Chong Wei akan memenangi bagi set pertama kerana telah mendahului Lin Dan sebanyak 10-08, tetapi apakan daya Lin Dan berjaya menstabilkan mata tersebut dan berjaya memenangi set pertama tersebut. Perbezaan mata yang terlalu sedikit. Lin Dan menang set pertama, 21-19.


Kemudian, di set yang kedua, kecekalan minda Lee Chong Wei diduga kembali. Lee Chong Wei berjaya mengekalkan stamina dan momentum yang tinggi serta kesungguhan yang di luar jangkaan, akhirnya Lee Chong Wei berjaya menang set yang kedua iaitu 21-14. Di dalam set itu, kelihatan Lin Dan seperti sudah kelihatan penat dan hilang arah tuju sehingga menjerumuskan beliau kearah kegagalan di set kedua.


Namun, segala-galanya berubah sama sekali, dimana Lin Dan berjaya mencungkil kelemahan Lee Chong Wei iaitu dengan membalas serangan kencang ke arah 'cross-court' dan menghantar bola ke 'base-line'. Akhirnya Lin Dan merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Korea Open dengan mengalahkan Lee Chong Wei dengan 21-16. Semua rakyat Malaysia amat berbangga dengan Datuk Lee walaupun hanya berjaya mendapat tempat yang kedua dalam kejohanan ini. Kami semua berbesar hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Lee kerana berjaya mengharumkan nama negara Malaysia di mata dunia. 


JOM LAYAN GAMBAR!!!


LEE CHONG WEI



LEE CHONG WEI


LIN DAN


LIN DAN


Setakat ini sahaja rintihan buat si blogger,
Salam Sayang, 
Salam Hormat,


FARID HAFIZ.

Read more...

Penat Berbelanja...sampai.......



Assalamualaikum, semua! Entry utk hari ini agak lewat sedikit la sebab pc komputer rumah bapa hantaq ke bengkel komputer la untuk 'install' kaspersky 2011, petang tadi. Jom dengar rintihan si blogger ini iaitu 
'Penat Berbelanja........ sampai kedua-dua belah kaki menjadi lenguh dan tak larat nak berjalan lagi'


Sehari suntuk, aku dan bapaku pergi beli-belah di KOMTAR '1st Avenue', 'Prangin Mall', 'Queensbay Mall' dan bermacam-macam tempat lagi semata-mata untuk membeli segala keperluanku di sana nanti. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan sempurna. Dari pukul 10:00 pagi sehingga 05:00 petang kami membeli-belah. Ok!! Blogger di sini dah tak larat nak blogging lagi layan jew lah gambar-gambar di bawah ni ok!!.....JOM LAYAN!!!



 




  































































Setakat ini sahaja rintihan si Blogger,


Salam Sayang,
Salam Hormat,


FARID HAFIZ.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...