create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!

Jan 6, 2011

^_~ Geng Lama Muncul Kembali ^_~

assalamualaikum dan selamat malam, blogger~! hari ini, saya nak menceritakan serba sedikit tentang seseorang insan yang bergelar "kawan" telah muncul kembali setelah 2 tahun menyepi. Namanya, Muhamad Arif Bin Rahmat, dia merupakan rakan baikku sejak sekolah rendah lagi iaitu di Sekolah Kebangsaan Batu Lanchang, sejak tahun 4 sehingga tahun 6.

Setelah tamatnya belajar di tahun 6, dia terus melanjutkan pelajaran di Penang Free School iaitu sama sekolah dengan diri saya. Lebih kurang pada bulan February / March 2009 yang lalu, dia terus meninggalkan sekolah kami untuk bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Selangor setelah mendapat tawaran di sana. Selama 3 tahun sahaja perjanjian kontrak antara dia dengan pihak pentadbir di sekolah sana.

Dia menceritakan pengalaman beliau di sana. Aku berasa sangat kagum dengan beliau kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah, negeri Pulau Pinang, bahkan lebih-lebih nama negara Malaysia di Sukan Asia Peringkat Remaja dibawah 18 tahun dalam acara renang "kuak dada", "free style" dan bermacam-macam lagi. Beliau telah mencatatkan 3A's dan 5B's dalam Peperiksaan Menengah Rendah yang lalu.

Dia menceritakan bahawa sebanyak 60% daripada masanya selama 24 Jam sehari deperuntukkan untuk latihan renang bersama jurulatih di kolam renang yang telah disediakan. Selebihnya diisi dengan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P & P). Walaubagaimanapun keadaan beliau sekalipun, dia merupakan "kawanku" yang sejati dan tulus ikhlas. Saya tidak boleh melupakan jasa beliau terhadap diri saya semasa di sekolah rendah.



                                         Terima kasih, kawanku.....



Inilah "kawan" yang saya ucapkan sebentar tadi .........




Dok menyorok di tepi pokok pulak (Rock!!)









Berjalan sambil "posing" 'maut' nampak (hahaha)












Dok "cover" gigi la pulak (hahaha)







Hai, asyik dengaq lagu nampak (hahaha)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...