create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!

Nov 29, 2010

^_~ Peperiksaan Ohh Peperiksaan ^_~

Assalamualaikum, semua! Minta maaf sebab lambat untuk update blog ini sebab aku off untuk peperiksaan yang akan aku ceritakan ini. Saat aku keluar dari rumah tepat jam 07:15 pagi tadi, aku sudah merasakan bahawa ada suatu perasaan dan getaran dalam jiwa dan perasaanku. Aku berasa sangat takut untuk mengambil peperiksaan kecenderungan MRSM ini di MRSM Balik Pulau. Aku pergi ke sana dengan menaiki kereta bersama-sama dengan abah dan ibuku. Mereka sentiasa berada di samping aku tidak kira siang dan malam terutamanya disaat aku memerlukan mereka seperti disaat tersebut. Kami tiba di sana tepat jam 08:15 pagi setelah makan pagi bersama ibubapaku di Restoren Kassim Mustafa yang terletak berdekatan dengan MRSM Balik Pulau. Aku makan roti canai telur dan teh "kurang manis". Aku memang menitikberatkan dalam bab permakanan. Walaupun dalam "breakfast". Perkataan "kurang manis" sangat penting dalam permakanan aku.

Maaf sebab tadi aku mengambil masa yang lama untuk bercakap tentang permakanan aku seharian. Setelah sampai di MRSM Balik Pulau, aku melihat sudah ramai peserta-peserta peperiksaan ini telah hadir terlebih awal daripada aku. Pada mulanya, aku ingatkan hanya aku seorang sahaja yang ambil peperiksaan ini, rupa-rupanya, Ghadaffi, Rukhaini, Faiz Zawawi turut ada bersama di ruangan senarai nama peserta peperiksaan. Aku terus melihat nama aku di senarai nama beserta tempat peperiksaan yang telah ditampal di papan kenyataan. Tempat peperiksaan aku terletak di makmal multimedia yang terletak berdekatan dengan makmal sumber. Pegawai yang bertugas telah menunjukkan arah yang betul ke arah tempat peperiksaan tersebut. Alhamdulillah, aku telah berada di hadapan bilik makmal multimedia.

Aku bersama Ghadaffi bergelak kecil di hadapan bilik tersebut. Aku bertanya kepada kawanku itu, 'Wei, aku takutlah nak ambil peperiksaan kecenderungan MRSM ini'. Lalu kawanku pun balas, 'Kawanku, cekalkan hati dan lapangkan minda awak ok'. Alangkah gembiranya hatiku disaat dia membalas pertanyaanku itu. Aku berasa sangat beruntung kerana mempunyai kawan yang sangat setia dan suka membimbing kearah kejayaan seperti kawanku itu walaupun dia bersekolah di sekolah yang berlainan iaitu di SMK Almashoor (L).

Di saat aku masuk ke dalam ruangan bilik makmal multimedia tersebut, aku berasa sangat gemuruh dan gementar yang amat sangat. Aku melihat banyak komputer elektronik kepunyaan kerajaan berada di setiap meja yang telah disediakan. Seperti ini,








Pegawai yang bertugas memberi arahan kepada kami agar membawa kad pengenalan, nombor giliran PMR dan alat tulis ke dalam ruangan tersebut. Aku terpaksa berpatah balik ke arah beg aku untuk mengambil segala peralatan yang diarahkan. Setelah semuanya telah berada di tanganku, lalu aku pun terus duduk di hadapan komputer meja seperti di atas. Di skrin hadapan komputer tersebut telah tertulis arahan dan panduan ketika menjawab peperiksaan ini. Kami semua terpaksa mengisi segala kotak kosong di skrin hadapan komputerku seperti nama, kad pengenalan dan nombor giliran PMR. Kemudian kami diarahkan untuk masuk ke dalam sistem tersebut.

Pada sesi pertama, kami semua telah diberi arahan untuk menjawab soalan matematik (objektif) kertas 1 yang merangkumi semua topik dalam PMR (Tingkatan 1, 2 dan 3). Kami terpaksa berhempas-pulas untuk menjawab kertas soalan tersebut kerana sangat SUSAH dan MENGELIRUKAN lebih-lebih lagi aku! Aku 'have to' pecah otak dan segala ilmu yang aku ada ketika menjawab soalan tersebut. Seperti ini,







Pada mulanya, aku ingatkan nak meniru kawan sebelah tetapi tak kesampaian sebab, 




Kami telah diberi waktu selama 1 jam untuk menjawab kesemua soalan yang terkandung dalam kertas 1 Matematik. I jam memang TIDAK CUKUP!!! kerana kesemua soalan tersebut beraras tinggi. Namun, aku KENA jawab kesemua soalan tersebut jika mahu pergi ke sesi 2 iaitu selepas rehat selama 15 minit sahaja. Di saat kami keluar dari ruangan makmal multimedia tersebut, kami semua telah menunjukkan muka "SEPULUH SEN" yang memberi makna "SUSAH". Aku berharap agar kesemua jawapanku betul dan tepat seperti ini,






Kebanyakan kawanku juga mengatakan susah dan "hentam sahaja", kata Faiz Zawawi. Aku makan satu bungkus roti krim enam puluh sen sebagai alas perut ketika menjawab sesi 2 dan sesi 3. Kemudian kami masuk ke dalam makmal masing-masing. Maka, berlangsunglah sesi 2 iaitu kertas 1 (Sains)
(Tingkatan 1, 2, 3). Soalan sesi 2 boleh tahanlah senang dan kebanyakannya aku boleh menjawab dengan tepat dan betul. Aku YAKIN bahawa aku boleh 'score' dalam sesi 2 ini. Insyaallah, amin. 5 'minutes later', berlangsunglah sesi 3 iaitu 'IQ TEST'. 'IQ TEST' sebentar tadi, taklah susah kerana hampir keseluruhan soalan-soalan tersebut merangkumi nilai murni dan pengajaran dalam kehidupan seharian. Aku juga YAKIN bahawa aku boleh 'score' dalam sesi 3 ini. Insyaallah, amin.

Tepat jam 12:20 tengah hari, kami pun selesai peperiksaan kecenderungan MRSM ini. Aku berasa sangat lega yang tidak terhingga apabila melangkah keluar dari pintu hadapan makmal multimedia tersebut. Aku kemas beg, kemudian melangkah pulang ke ruangan menunggu di hadapan tempat letak kereta. Tiba-tiba, dengan tidak semena-mena, aku terlihat seorang gadis cantik bersama-sama dengan kawannya di tempat yang sama. Mereka sedang berbual-bual kosong. Mata aku tidak berhenti-henti untuk melihat dan 'USHA' gadis tersebut. Aku yakin bahawa dia sama umur dengan aku kerana dia juga turut telah mengambil 'exam' kecenderungan MRSM tersebut.

Berdebar-debar hatiku apabila aku melihat dirinya. Alahai, perasaan ini mula datang kembali walaupun telah lama terpadam ketika di saat "cinta monyet" dahulu iaitu sebelum UPSR. Tetapi apabila aku melihat dengan teliti, macam pernah lihat sahaja tetapi di mana yer...??? Aku bertanya keseorangan. Oh, baru aku ingat! dia kawan baik kepada kawanku, Alia Natasya. Memang ada sekali-sekala dia bercerita tentang dia. Aku juga ingat bahawa aku pernah "chatting" bersama dia di laman sesawang "fesbuk" dahulu-kala tapi sekarang dia tidak 'online' sebab mungkin sebuk dengan urusan keluarga. Selama ini, kami hanya 'chatting' sahaja di laman sesawang tersebut dan akhirnya kami bertemu juga di tempat yang tidak diduga sama sekali. Moga-moga dia sihat sejahtera hendaknya, Insyaallah, amin.

Demikian itu, berakhirlah sudah pengembaraan aku semasa mengambil peperiksaan kecenderungan MRSM di MRSM Balik Pulau bersama rakan-rakanku. Aku berharap agar kami semua termasuk kawan-kawan perempuanku turut juga berjaya dan akhirnya berjaya memasuki MRSM yang dikehendaki, Insyaallah, amin.


MRSM TAIPING!

MRSM TAIPING!

MRSM TAIPING!

KAU TUNGGU AKU!!!

Insyaallah, Amin!....=))


Gambar hiasan,













































2 comments:

  1. :') Hee bukan nak tegur kami! :P
    Ghadaffi pun mai ke? tak nampak pun? :O

    ReplyDelete
  2. ghadaffi dtg skali la...sama klas dgn kami lorh! (makmal multimedia)...pasal i2 aq ingatkan orng laen semalam...sowwy k..=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...